The Production Of Space
Akibat daripada sesuatu keadaan atau
ruang dimana terdapat sesetengah ruang mempunyai ramai orang manakala
sesetengah ruang pula tidak mempunyai ramai orang. Seorang penulis barat iaitu Henri
Lefebvre, seorang filsuf asal Perancis telah mengkaji mengenai masalah ini dan
melihat daripada pelbagai sudut pandangan. Akhirnya beliau telah menghasilkan
sebuah buku yang berjudul Production of Space, atau Produksi Ruang. Buku ini
dihasilkan untuk menjawab semua persoalan yang timbul dan bukan sahaja untuk
diri beliau tetapi untuk semua orang yang ingin mengkaji mengenai ruang.
Lefebvre telah mendeskripsikan ruang dan hubungannya yang erat dengan manusia.
Di dalam buku tersebut, Lefebvre melihat ruang sebagai sesuatu yang diproduksi
oleh setiap masyarakat. Namun benarkah setiap masyarakat menghasilkan ruangnya sendiri
seperti yang dikatakan Lefebvre? Buktinya teori tersebut adalah benar dimana
ruang digunakan secara langsung pada dalam kehidupan seharian. Metode yang
digunakan berdasarkan Teori Lefebvre sebagai ruangnya iaitu adanya Spatial
Practice, Representation of space, dan Representational Space pada setiap ruang
yang terbentuk atau diproduksi oleh masyarakat. Oleh itu, dapat disimpulkan
disini bahawa ruang yang ramai dan hidup akan diperolehi apabila ruang yang ada
memenuhi keperluan masyarakat yang membentuknya walaupun tidak semua kawasan tersebut harus dipenuhi.
The Death and Life Of Great American Cities
Penulis dari "The Death and Life
Of Great American Cities adalah Jane Jacobs. Jane Jacobs lahir tanggal 4 Mei
1916 dan meninggal dunia pada 25 April 2006, beliau tinggal di Scranton,
Pennsylvania, Amerika Syarikat, beliau menuliskan kekecewaan beliau terhadap
Kota Amerika yang beliau anggap perancangan bandar tersebut tidak benar, iaitu
dalam erti dalam kota tersebut berlaku pelbagai masalah pengangkutan ,
pembahagian plot pattern dll. Jane Jacobs menggambarkan faktor-faktor nyata
yang mempengaruhi bandar-bandar, dan mengesyorkan startegi untuk meningkatkan
prestasi bandar.
Dari segi kepelbagaian, Bandar yang
baik memerlukan kepelbagaian dan harmoni dalam perkhidmatan terhadap masyarakat
di dalamnya. Masyarakat sangat memperhatikan kemudahan apa sahaja yang terdapat
pada suatu kota, kerana kemudahan tersebut boleh diertikan sebagai sarana
pelayan untuk masyarakat dalam bandar tersebut. Kemudahan yang dimaksudkan
boleh berupa penempatan, kawasan perdagangan, tempat sukan dan rekreasi.
Jane Jacobs mengenalpasti tiga isi
utama dalam menyokong kepelbagaian iaitu kepelbagaian fungsi. Kepelbagaian
fungsi yang dimaksudkan adalah bagaimana merancang suatu kawasan yeng mempunyai
fungsi lahan lebih dari satu, sehingga jika ada seseorang yang mendatangi
kawasan tersebut, maka dia boleh menikmati lebih dari 1 fungsi lahan. Fungsi
lahan yang dimaksudkan boleh berupa sebagai penempatan, kedai-kedai, rumah
sakit dan sebagainya.
Selain itu, isi kedua pula iaitu
blok atau jalan pendek. Sebagai contoh adalah Blok / jalan yang menghubungkan
kawasan penempatan dan kawasan membeli-belah, kawasan rekreassi dan kawasan
pejabat harus dekat. Ertinya masyarakat dapat menuju destinasi ke suatu tempat
dengan cepat kerana blok / jalan yang menghubungkan tempat asal dan tempat
tujuan tersebut pendek. Isi yang ketiga ialah terdapat Konsentrasi padat
penduduk. Dalam suatu bandar harus terdapat suatu kawasan yang sebagai
kepekatan padat penduduk, yang dimaksudkan adalah kawasan penempatan sehingga
tidak mengganggu kawasan lain, dan pengguna kawasan penempatan juga tidak akan
terganggu dengan kawasan lain.
The Images Of The Cities
Buku “The image of the city” merupakan sebuah buku hasil karya seorang
pengkaji iaitu Prof.Kevin Lynch. Prof.Kevin Lynch telah melakukan sebuah
kajian terhadap apa yang diserap secara mental oleh orang-orang dan realitas
fisik sebuah bandar. Hasil kajiannya ini disediakan dalam bentuk buku yang bertajuk “The image of the city”.
Secara garis besar Prof.Kevin Lynch telah
mengumpulkan lima elemen pokok atau dasar yang oleh digunakan oleh seseorang
untuk memberi gambaran mental mereka terhadap sebuah bandar. Antara eleman yang
ditemukan iaitu Pathways (Laluan). Laluan adalah jalur-jalur sirkulasi yang digunakan oleh seseorang
untuk melakukan pergerakan. Setiap tempat mempunyai jaringan jalur utama dan jaringan
jalur minor. Jaringan jalan raya kota adalah jaringan pathways untuk
keseluruhan kota. Disamping itu, elemen kedua ialah Districts (Daerah).
Sebuah bandar terdiri dari berbagai lingkungan bahagiannya atau disebut
districts iaitu pusat kota , uptown, midtown, daerah perumahan,
daerah industry dan sebagainya. Selalunya lingkungan ini berbeza dari segi
bentuk dan luasnya. Dan selalunya Bandar-bandar ini mempunyai ciri-cirinya yang
tersendiri. Elemen ketiga pula ialah Edges (Pinggiran). Edges merupakan
pinggiran dari sebuah districts atau batas-batas districts
antara districtsyang satu dengan yang lainnya. Selain itu,aspek
keempat ialah Building(Mercu Tanda). Building yang
dimaksudkan disini adalah bangunan-bangunan yang secara visual menonjol dan
menjadi tumpuan dalam Bandar. Setiap orang boleh melihat mercutanda tersebut
dan tertumpu kepada kawasan tersebut. Elemen yang terakhir iaitu elemen kelima
ialah Nodes. Nodes adalah pusat aktiviti setiap orang,
setiap pergerakan untuk ke sesuatu kawasan daripada titik permulaan seseorang
itu bergerak akan dipanggil nod. Di dalam perjalanan tersebut akan terdapat
beberapa hentian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan