SEJARAH SEREMBAN
Bermulanya
Penempatan di Seremban
Bandar Seremban muncul seperti mana bandar-bandar lain di
negara ini iaitu di sekitar tahun 1870-an dan dipercayai bermula apabila
kawasan di sekitar Rasah di dapati kaya dengan hasil bumi iaitu bijih timah.
Apabila ianya mengalami kemasukan penduduk (migrasi) yang pesat terdiri dari
orang-orang Cina, Arab dan juga bangsa Melayu dari tempat lain. Seremban bukan
sahaja menjadi pusat melombong bijih timah tetapi juga pusat perdagangan.
Peniaga-peniaga pada masa itu menggunakan Sungai Linggi sebagai laluan
pengangkutan perdagangan mereka manakala penduduk Melayu tempatan di kawasan
ini kebanyakannya adalah petani.
Pihak penjajah Inggeris mengambil kesempatan untuk mula
campur tangan di atas pergolakan peperangan yang berpunca dari perebutan hak
dan kawasan perlombongan bijih timah di antara Dato' Kelana dan Dato`
Shahbandar. Ini telah memberi ruang kepada Inggeris menempatkan kuasa dengan
melantik Residen pertamanya Kapten Murray di mana residensinya didirikan di
Jalan Channer (Jalan Dato'Siamang Gagap). Bermula dari detik itu
penduduk-penduduk Rasah mendirikan penempatan mereka di sekitar Jalan Channer
kerana mereka merasakan tinggal di kawasan yang mempunyai undang-undang dan
peraturan Inggeris selamat dan meyakinkan.
Era Lembaga Kesihatan
Sebelum zaman pendudukan Jepun, peranan Unit Penguasa
Tempatan Seremban (dikenali sebagai Lembaga Kesihatan - (1897) terletak dibawah
pentadbiran Residen yang ditubuhkan melalui Warta Kerajaan No. 285 bertarikh
15hb. September 1899) masih lagi terhad kepada menyediakan keperluan asas
sahaja. Namun selepas Perang Dunia Ke-II, pembangunan bandar Seremban begitu
pesat dimana perubahan demi perubahan yang berlaku memaksa Lembaga
Kesihatanyang terhad aktivitinya diubah menjadi sebuah Lembaga Bandaran melalui
Warta Kerajaan No. 143 bertarikh 12hb. Januari 1946 sehingga 1953 apabila ianya
dinaikkan taraf kepada Majlis Bandaran Seremban. Pengerusi Lembaga Bandaran
Seremban selepas perang ialah seorang pegawai Inggeris, LHN Davis manakala
Pegawai Daerah Seremban merangkap Setiausaha Lembaga Perbandaran ialah YM Raja
Azman Bin Raja Sir Chulan.
Asal-usul
Seremban
Berikutan
dari peristiwa di atas, maka muncul deretan kedai di sepanjang Jalan Murray
(Jalan Kapitan Tam Yeong), Jalan Pasar dan jalan-jalan utama seperti di Jalan
Paul (Jalan Yam Tuan) dan Jalan Birch (Jalan Dato` Bandar Tunggal) yang mana
semua nama-nama jalan ini mengambil sempena nama Residen - Residen British
ketika itu. Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong dipercayai
mendapat namanya dari permainan tradisional " Sarimban " yakni
sejenis permainan yang menggunakan batu-batu kecil dan amat diminati oleh kaum
Cina untuk dimainkan dimasa lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban.
Stesen Kereta api Seremban pada tahun 1894
Stesen Kereta api Seremban pada tahun 2012
Apabila Negeri Sembilan telah menjadi anggota Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu pada tahun 1896, Seremban dengan sendirinya menjadi pusat
pentadbiran, perdagangan dan pertanian bagi Negeri Sembilan. Seremban
dianggarkan pada waktu itu (1916) memiliki penduduk seramai 20,000 orang dimana
deretan bangunan kedai telah pun mula dibina disepanjang Jalan Paul, Jalan
Birch, Jalan Cameron (Jalan Dato` Lee Fong Yee) dan Jalan Setul (Jalan Tun Dr.
Ismail
Era
Majlis Bandaran Seremban
Tanggal
1953, Perlembagaan Lembaga Perbandaran Seremban telah dimansuhkan oleh
Raja-Raja melalui Warta Kerajaan No. 262 bertarikh 14hb. April 1953. Mematuhi
Seksyen 51 (1) Ordinan Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan 1950, Pilihanraya
Kerajaan Tempatan yang pertama telah diadakan pada 22hb. Ogos 1953. Pentadbiran
Majlis Perbandaran Seremban pada waktu itu sering silih berganti mengikut
suasana politik semasa di bandar Seremban. Bandar Seremban telah dibahagikan
kepada 4 kawasan pilihanraya iaitu kawasan Temiang, kawasan Lake, kawasan
Rahang dan kawasan Lobak.
PETA SEREMBAN
PENGENALAN KAJIAN
Seremban merupakan
salah satu Bandar yang dikenali Bandar kolonial kerana pada zaman dahulunya
Bandar ini pernah dijajah oleh pihak beitish unruk mendapatkan sumber bahan
mentah untuk dibawa pulang dan diproses untuk menjana sumber ekonmi tempatan
mereka.Contoh sumber yang diambil seperti katu balak,bijh timah serta
hasil-hasil hutan yang lain.Dalamkajian lapangaini kami telah menengahkan dan
membincagkan revolusi ruang yang ada di Bandar Seremban pada zaman dahulu
sehingga sekarang.Contohdi kawasan bukit di dalam Bandar Seremban yang pada
dahulunya terbina pusat pentadbirankerajaan British tapi revolusi zaman nerlaku
dari tahun-ketahun maka pada masa kini tapak pentadiran itu telah bertukar
jenis ruangnya dimana telah dibina sebuah istana untuk yang di-pertua negeri
Sembilan selain menjadi lokasi pelancongan menarik disana.Kami telah
membahagikan 8 kumpulan kepada 8 jalan utama yang berada disekitar Bandar
Seremban.Pembahagiankepada 8 jalan utama untuk melihat apa jenis revolusi berlaku
di setiap jalan yang telah dipilih dimana setiap perlu menemubual seberapa
ramai peniaga yang menjalnkn aktiviti ekonomi disana.Setiap kumpulan perlu
bertanya kepada responden tentang nama responden.jenis perniagaan,bila
perniagaan ini dijalankan,mengapa perniagaan ini dipilih,harapan responden
serta jenis baranganapayang telah diniagaankan.Dalam kajian ini juga, kami
semestinya menerapkan 5 elemen yang telah dianjurkan oleh Henry Levbre
berkaitandengan ruang.5 elemen tersebut ialah nod,mercu tanda ,simpang
jalan,papan tanda dan hentian.
HASIL KAJIAN
Pada 11.12.2012,kita telah melakukan kajian
lapangan di Seremban,Negeri Sembilan.Seremban merupakan ibu negeri bagi negeri Sembilan
Darul Khusus.Kawasan kajian kami adalah di Jalan Siew Loong Hin.Nama jalan
sebelum ini ialah Jalan Singapura.Kawasan ini merupakan kawasan orang Cina
kerana terdapat banyak kedai kaum Cina disini.
YANG BAWA INI MERUPAKAN HASIL KAJIAN KITA.
1)SYARIKAT CHONG HING
Nama kedai ini Syarikat Chong Hing.Kedai ini
menjalankan aktiviti perniagaan menjual barang aluminium. Kedai pemilik ini
bernama Lai Than In.Beliau telah berusia 80 tahun.Sepanjang temu bual dengan
pemilik kedai.Syarikat atau kedai telah ditubuhkan sebanyak 70 tahun.Beliau
meneruskan perniagaan selepas ayahnya meninggal dunia dan pada masa itu beliau
telah putus asa dalam pelajaran.Selepas itu,beliau berhenti sekolah dan
meneruskan perniagaan ayahnya.Beliau cerita ,bidang perniagaan ini sudah
kekurangan di Seremban kerana agaknya remeh dalam proses membuat barang
alunimum ni.Kerana semua barang ini perlu dibuat melalui tangan.
Beliau telah menyatakan perubahan di Bandar
Seremban sangat besar selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.Terutama dari
segi infrastruktur atau kemudahan,kini Seremban mempunyai Jalan yang lurus dan
sisitematik tidak seperti macam dulu.Bus stesen(Terminal One) yang mempunyai
bas ekspress untuk sampai ke destinasi masing-masing.Selain itu,Seremban juga
telah mempunyai tempat beli belah seperti Seremban Parade,Jusco dan macam-macam
lagi.Beliau sangat bersyukur terhadap perubahan yang begitu pesat terhadap
Seremban.Cuma beliau yang kecewa ialah budaya tradisional yang di Seremban
lenyap begitu sahaja.
2)KEDAI LIEW HEE
Kedai ini merupakan kedai pemborong makanan
ringan dan mainan.Kedai ini dimiliki oleh seorang wanita cina yang bernama Wong
Four.Beliau
sekarang berumur 60 tahun dan mempunyai 12 adik-beradek.Beliau mengambil alih
perniagaan ini selepas suaminya meninggal dunia pada 20 tahun yang
lepas.Sekarang dia rasa sangat gembira kerana perniagaan beliau maju ke
hadapan.Berdasarkan perhatian saya di kedai tersebut,banyak pelanggan terdiri
pelbagai kaum tengah memilih barang yang nak dibeli.Salah satu faktor ialah
harga barang murah dan berpatutan.Wong Four juga rasa sangat aman dan damai
apabila menetap di Seremban.Selepas dia kahwin dengan suami,beliau telah ikut
suaminya menetap di Seremban sehingga kini.Kehidupan beliau di Seremban telah
memberi kenangan terindah kepada beliau.Dia rasa penduduk di Seremban ini
mempunyai sifat toleransi,bertolak ansur dan saling hormat-menghormati yang
tinggi.Manakala dari segi pembangunan di Seremban,pembangunan yang pesat di
Seremban telah menyebabkan banyak bangunan yang mempunyai nilai sejarah telah
dirobohkan terutama cinema cina yang ada pada zaman 50an dulu.Beliau juga akhir
kata bandar Seremban merupakan bandar “bunga” kerana mempunyai panorama yang
indah.
KEDAI PEMBORONG LIEW HEE
3)KEDAI YIN FATT(PEMBORONG BARANG POLISTRENE)
Kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki cina yang
bernama Ng Yee Wing.Beliau berumur 60 tahun dan merupakan orang tempatan
Seremban.Beliau terpaksa mengambil alih perniagaan ini daripada ayahnya kerana
beliau merupakan anak tunggal dalam keluarga.Beliau telah ikut ayahnya
memulakan cara perniagaan sejak kecil lagi.Beliau tegaskan dalam bidang
perniagaan ini kena jaga perasaan pihak yang lain.Beliau juga katakan bandar
Seremban ialah bandar yang indah dan aman.Suasana yang harmoni dalam bandar
Seremban yang buat beliau bangga sebagai seorang penduduk Seremban.Dari segi
pembangunan,beliau tidak dapat menafikan bahawa Seremban telah mengalami kadar
pembangunan yang pesat.Fenomena ini telah menyebabkan bandar Seremban 2 telah
diwujudkan untuk menyelesaikan masalah pembanguan yang pesat di Seremban.
4)KEDAI UBAT CINA YIN FOH
Kedai Ubat Cina ini dimiliki oleh Wong Pow.Seorang
lelaki cina yang berumur 70tahun.Kedai Ubat Cina sebelum ini pernah jadi kedai
runcit pada sekitar tahun 1960 an.Disebabkan perniagaan kedai runcit yang
terlalu sengit di kawasan sana dan tidak mendatangkan keuntungan.Kedai tersebut
terpaksa ditransformasikan untuk menjadikan kedai ubat cina pada tahun 1975.Beliau
menceritakan Jalan Singapura(nama dulu)merupakan jalan yang sibuk dan
meriah.Kerana sini dulu terdapat banyak kedai runcit.Tetapi pada waktu
sekarang,kedai disini hanya la biasa ada kedai yang telah tutup dan dijadikan
rumah.Ramai pemuda di kawasan sini pun telah berhijrah ke tempat lain termasuk
anaknya ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan yang lain.
5)HAJI SHARIFF'S CENDOL, SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
Ini bangunan kedai Haji Shariff's Cendol tu. Memang
terletak di tengah-tengah bandar Seremban. Senang nak cari dengan warna
bangunan yang hijau. Pelanggan kedai nie memang ramai bebenor. Masa aku sampai
pun memang dah separa penuh dah. Bila duduk dalam tak sampai pun 15 minit ramai
pula yang masuk. Pelanggan kedai nie terdiri dari pelbagai kaum ... Melayu,
Cina dan India. Ada yang makan dekat situ dan ada yang bungkus bawa balik!
Majoritinya makan cendol je walaupun kedai nie ada juga menu lain seperti rojak
(RM3.50) dan rojak mee (RM3.50). Perniagaan Haji
Shariff's Cendol bermula sejak tahun 1930-an lagi. Kalau tak percaya cuba
tengok gambar dekat atas. Gambar nie ada tergantung dekat dinding. Ada juga
keratan akhbar mengenai kedai cendol Haji Shariff's.
Kesimpulan
Kesimpulan yang
boleh dibuat hasil dari kerja lapang
kami ini ialah sememangnya betul perkara yang dinyatakan oleh Henry Levebre
bahawasanya terdapat 5 jenis ruang yang digunakan dalam sesuatu tempat iaitu
Laluan, Mercu Tanda, Sempadan, Daerah, Titik Tumpu memang bersalingkait dengan
ruang yang wujud dimana-mana sahaja.Tempat kajian yang telah kami pilih ialah
dibandar Seremban.Seremban adalah bandar besar selain ia merupakan bandar yang
paling dekat di sekitar Bangi.Kami telah dipechkan dalam beberapa kumpulan dan
dibahagi mengikut jalan utama disekitar Bandar Seremban seperti Jalan Tunku
Hassan,Jalan Yap Hin Sin dan lain-lain lagi. Kami mengkaji jenis perniagaan
yang dijalankan di sana yang rata-ratanya adalah peniagaan dari kaum cina.Peniagadi
sana majoritinya menjalankanpeniagaan secara bororng seperti alat tulis,makan,
minuman serta alat sembahyang bagi kaum cina.Suasana pagi di sekitar lorong
peniagaan pemborong itu amat sibuk dengan pemungahan barangan dari lori mahupun
kereta.Disana kami memastikan dan memahami perkara yang dinyatakan oleh Henry
Levebre.Para peniaga di sana amat ramah dan memberi kerjasama yang sangat bagus
bagi memudahkan pergerakan kami untuk mengumpul maklumat dan data dari para peniagaan.Selain itu kami
juga melihat seni bina bangunan yang ada di sekitar kawasan kajian kami dapat mengetahui tahun bangunan itu
dibina.Contohnya terdapat juga bangunan yangdibina pada era 60-an serta tahun
80-an.Bangunan seperti berikut amat tinggi nilai estetika dalam sesebuah kawasan
dan masyarakat dis ana, selain boleh menjadi lambang sejarah dan pusat
perlancongan di sana.Di Samping itu juga, hasil kajian ini juga amat memberikan
kami tentang semangat kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan hal ini kerana
kerjasama dapat membentuk kelicinan gerak kerja yang ditetapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan