PENGENALAN
Telah sekian lama, manusia bercerita tentang lukisan dan gambar. Bentuk
dan Ruang adalah asas kepada geometri. Arkitek pada zaman purba Greece adalah
manusia yang mula-mula membina bangunan menggunakan bentuk dan ruang. Bentuk
dan ruang menjadi perkara utama dalam kerja-kerja mereka.
Analisis ruang pembangunan
melihat dengan lebih dekat beberapa konsep dan prinsip-prinsip analisis
lokasi pembangunan yang juga mengamalkan beberapa pendekatan kepada perancangan
wilayah atau lebih baik dikatakan dalam pemilihan wilayah mana yang lebih
sesuai dalam perancangan aktiviti perindustrian.
Prinsip Lokasi Median
prinsip ini mengambil kira kos perjalanan atau lebih spesifik lagi
kepada kos penggangkutan. Ianya tertumpu kepada faktor dimana produk akan
dipasarkan juga mencadangkan dimana lokasi yang paling sesuai untuk diletakkan
sesuatu industri berdasarkan kepada jarak agar kos perjalanan dapat
diminimumkan untuk mendapatkan keuntungan maksimum.
HASIL ANALISIS
KUALITATIF
Dari hasil temu bual yang dapat,saya telah membuat analisis kualitatif
terhadap transkrip temu bual itu.Analisis kualitatif terbahagi kepada dua
kategori iaitu kod aksial dan kod terbuka.
Kod Aksial
i)Keluarga
..Adek beradek ada 7 orang
..Atok dan nenek masa itu x berapa sihat,atok dan masa itu ada penyakit
lelah.
..Jadi tanggunjawab itu terletak dibahu abah dengan pak long la.
..adek beradek masa itu semua kecil-kecik..
..bertemu jodoh pada tahun 1972 dan kahwin dengan orang Chenderiang.
..Untuk mendidik 6 orang anak,alhamdunila sampai hari ni boleh la..
..yang 5 anak lagi itu dah lepas tanggungjawab,boleh berdikari sendiri.
Kesimpulan, ada 7 ayat menceritakan tentang kisah keluarga.
ii) Tempat tinggal
..Rumah dulu pun taka da macam
sekarang,rumah besar-besar.
..Rumah kami dulu 12x20 paling
besar.
..Rumah kami dulu ialah beratap
nipah dan dinding buluh.
..Pada tahun 1978,berpindah ke
Batu Gajah.Disana adalah rumah batu dan mempunyai kemudahan asas seperti air
dan elektrik.
Kesimpulan, ada 4 ayat menceritakan tentang tempat tinggal.
iii)pekerjaan
..Berhenti sekolah dan menjadi
penoreh getah sampai la umur 17.
..Lepas itu keluar la merantau
untuk mencari rezeki yang lain.
..Pada tahun 1978,pak cik dapat
la kerja di kapal korek Batu Gajah,Perak.
..Pada tahun 1992,kapal korek
telah tutup dan pak cik balik kampong berkerja sebagai penoreh getah.
..Pada tahun 1996,pak cik adalah
peneroka tanah lombong untuk jadi tempat tanam kelapa sawit.
Kesimpulan, ada 5 ayat menceritakan tentang pekerjaan
iv)Pendapatan
..Masa itu kampong semua orang
kerja penoreh getah.Pendapatan rm3 hingga rm5 lebih kurang la tapi tak menentu.
..Pendapatan pada hari ni berbandingkan
tahun 70an dulu,2,3 kali ganda kan.
..Pasal dulu harga getah lebih
kurang 50 atau 60 sen je sekati pada masa itu.
..Tapi pendapatan orang kampong
dulu tiada yang melebihi rm 10 keatas dalam masa sehari.
.. Kebanyakan ye rm4
atau rm5 dalam sehari
..Ini hari kalau menoreh
getah,kalau potong pajak.Dapat seseorang rm100 lebih.
Kesimpulan,ada 6 ayat
menceritakan tentang pendapatan.
v)Pembangunan di kampong
..Serba kekurangan masa itu
pembangunan kampung apa yang ada,kampung tradisional la.
..Keadaan kampung ini majula
banyak perubahan.
..Kemajuan daripada 70an dulu
sampai ke hari ni jauh.
..Air ye ada,elektrik dan
sekolah menengah pun dah ada untuk anak-anak tempatan mendapatkan peluang
pendidikan.
..Tapi masa itu kemudahan,kita
tak adala motor.
..Masa itu pak cik Cuma jalan
kaki je.
Kesimpulan,ada 6 ayat
menceritakan tentang pembangunan di kampung.
Kod open
i)Harga barang
..Tapi kalau kita kira dari segi harga barang pulakan memang la.
..Barang itu jauh mahal daripada 70an dulu.
..Tahun 70an dulu memang murah,nilai wang dulu lebih besar daripada
sekarang.
..Masa dulu,kita boleh beli banyak
barang dengan kadar wang yang kecil.
Kesimpulan,ada 3 ayat menceritakan
tentang harga barang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan