Rasulullah SAW Bersabda:
"Bukanlah pengasih orang yang
menyayangi dirinya saja. Tetapi pengasih itu orang yang menyayangi orang
lain seperti menyayangi orang lain."
Telah Rasulullah SAW bersabda:
"Suatu hari orang berjalan, di
tengah jalan dia kehausan apabila terjumpa sumur terus dia turun dan
minum. Ketika naik dia melihat anjing menjulurkan lidah kerana
kehausan." Lelaki itu berkata, "Anjing ini kehausan seperti aku tadi."
Sepatutnya dia berikan anjing itu minum. Legalah anjing itu dan
bersyukur kepada Allah sehingga Allah mengampunkan lelaki itu." Mereka
berkata, "Ya kepada Rasulullah, adakah pahala bagi kami bila kami
berbuat baik pada binatang?" Rasulullah menjawab, "Pada setiap yang
berhati baik ada pahalanya."
Dari Hasan, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:
"Umatku masuk Syurga bukanlah
kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan
kemurahan jiwa dan kasih sayang sesama muslim."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan