BIODATA PENEMU BUAL
Nama Penuh: En.Ramli Bin Sidek
Umur: 62
Tarikh lahir: 24.6.1950
Tempat Tinggal: No 45,Kampung
Sungai Lah,35300
Chenderiang,Perak
Perkerjaan:Penoreh Getah
Tahap pendidikan: Sekolah
Rendah Kebangsaan Tapah,Perak
Sesi Temu Bual
En Ramli:Kehidupan masa lampau masa tahun 1970an,yeke? 1
Adam:ye. 2
En.Ramli:Masa itu cara hidup kampung orang biasa la penoreh
getah.Pendapatan sehari Rm3 hingga Rm5 lebih kurang la.Tapi tak menentu
la.Kandang ada kandang tak ada.Kehidupan masa itu memang la susah berbanding
dengan hari ni kan? 3
Adam:ye
4
En.Ramli:Serba kekurangan masa itu pembangunan kampung apa yang
ada.Kampung tradisional la,biasala orang dulu dulu.Rumah dulu pun tak ada macam
sekarang,rumah besar besar.Rumah kami dulu pun 12x20 m itu paling besar
.Beratap nipah,dinding buluh.Itu la cerita abah dulu. 5
En.Ramli:Hurmmm(batuk).Adek beradek 6,7 orang.Atok dan nek pulak x berapa nak sihat.Atok masa
itu ada penyakit lelah la.
Jadi tanggungjawab itu terletak di bahu abah dengan pak long lah.Adek
beradek masa itu semua kecik-kecik. 6
En.Ramli:Sekolah pun tak sampai ke mana..Abah cuma sampai darjah 6 je.Untuk menyambung ke tingkatan 1
itu,orang tua x berkemampuan dan berhenti.Berhenti dan jadi penoreh getah
sampai la umur 17 tahun.Lepas itu keluar la merantau mencari rezeki
kan.Merantau sampai ke Kuala Lumpur,Pahang tapi tak berhasil.Last-last,bertemu
jodoh tahun 1972 dan kahwin dengan orang Chenderiang kan.Dari tahun 1972 sampai
hari ni,kami menetap di Kampung Sungai Lah,Chenderiang,Tapah,Perak. 7
En.Ramli:Untuk mendidik 6 orang anak,alhamdunila sampai hari ni boleh
la.Anak 6 orang pun telah sekolah tapi tak adala pandaikan.Boleh la tahan.
8
En.Ramli:Hurm..(Batuk).Abah hari ni pun dah 61 tahun.itu jela cerita
ye..apa nak cerita lagi..cukup ke banyak itu?tak cukup? 9
Adam:Abah kena cerita kisah kampung ni. 10
En.Ramli:Argh..kisah kampung.Sejarah kampung di Sungai Lah ni pada tahun
1996 itu abah adalah meneroka tanah lombong kan.Lebih kurang 4 ke 5 ekar
la,boleh la menanam kelapa sawit lebih kurang 300 pokok.Itu la punca pendapatan
harian untuk menyara hidup 6 orang anak.Cerita ye sampai hari ni anak yang no 6
masih sekolah lagi.
11
En.Ramli:Yang 5 anak lagi itu dah lepas tanggungjawab,boleh berdikari
sendiri.hurm..keadaan hari ni bolehla..makan pun 3 kali sehari.x ada susah
macam dulu,nak makan pun susah.Keadaan kampung ni majula banyak perubahan.Kemajuan
daripada 70 an dulu sampai ke hari jauh.Air ye ada,eletrik ada..bagus la
kan. 12
En.Ramli:Tapi,pada segi pembangunan diri boleh tahan la.Makan pun cukup
la,pakaian pun cukup la.Belanja ala kada adala.
13
En.Ramli:Untuk mencari keje nya,abah pernah merantau sampai ke
Pahang.Masa itu abah memang minat la untuk jadi peneroka felda kan.Tapi gagal
juga,pada tahun 1975 sampai ke tahun 1977.Tak Berjaya nak jadi peneroka,abah
pun balik la ke Perak pada tahun 1978.Pada tahun 1978 bulan 9,abah dapat la
kerja di Kapal Korek Batu Gajah ,Perak.Selepas itu pindah la duduk kat Batu
Gajah pada tahun 78 hingga tahun 1992 la.
14
En.Ramli:Habis kerja kapal korek tutup.Abah pun balik ke kg Chenderiang
balik tahun 92 sampai le ke hari ni.Kerja tetap ye menoreh getah la.Pendapatan
pada hari ni berbandingkan tahun 70an dulu 2,3kali ganda kan.Pasal dulu harga
getah lebih kurang 50 atau 60 sen je sekati pada masa itu.Pada masa ini,sekilo
harga getah pun dah rm4 kan.Jadi bandingkan pendapatan pada tahun 70an dengan
tahun 2012 ni memang 2,3 kali ganda la kan.
15
En.Ramli:Tapi kalau kita kira dari segi harga barang pulakan memang
la.Barang itu jauh mahal daripada 70an dulu.Tahun 70an dulu memang murah.Tapi
pendapatan orang kampung tidak ada yang melebihi daripada rm10 keatas dalam
masa sehari.Kebanyakan ye rm4 atau rm5 sehari.Tapi bukan dapat tiap-tiap hari
kan.
16
En.Ramli:Ini hari kalau menoreh getah,kalau potong pajak.Dapat seseorang
rm100 lebih.Tapi maklum la harga barang pun mahal lagi.Jadi bila banding balik
dengan tahun 70an,adalah lebih kurang sama je.Tapi masa itu kemudahan.kita tak
ada la motor ke basikal ke.Masa itu abah Cuma jalan kaki je ,ini hari kita ada
motor,basikal dan kereta.Banyak la keistimewaan hari ni kan banding dengan
dulu.Kami memang jalan kaki je mana ada basikal.
17
En.Ramli:Hari ni kira ok la,alhamdunila kita syukur pada tuhan.Rezeki
kita pada hari ni memang adala untuk 2hari sekali makan itu memang ada.Tak ada
jadi masalah,dulu nak makan pun susah jugak.Kena menoreh getah dan jual getah
baru dapat duit beli beras.Sekarang beras sentiasa ada dalam rumah,dulu
payah..haha(ketawa).ha,ye abah dulu kadang potong pagi petang jual getah baru
makan nasi pukul 3atau 2 setengah baru makan nasi.Malam pukul 9 atau 10 baru
makan.Makan hari ni kita mewah ,Alhamdunilah.
En.Ramli:itu jela cerita nya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan