Memaparkan catatan dengan label hurm..reruang dan pembangunan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hurm..reruang dan pembangunan. Papar semua catatan

Rabu, 26 Disember 2012

Tugasan Reruang 6 Rumusan 3 Buah Novel

The Production Of Space

       Akibat daripada sesuatu keadaan atau ruang dimana terdapat sesetengah ruang mempunyai ramai orang manakala sesetengah ruang pula tidak mempunyai ramai orang. Seorang penulis barat iaitu Henri Lefebvre, seorang filsuf asal Perancis telah mengkaji mengenai masalah ini dan melihat daripada pelbagai sudut pandangan. Akhirnya beliau telah menghasilkan sebuah buku yang berjudul Production of Space, atau Produksi Ruang. Buku ini dihasilkan untuk menjawab semua persoalan yang timbul dan bukan sahaja untuk diri beliau tetapi untuk semua orang yang ingin mengkaji mengenai ruang. Lefebvre telah mendeskripsikan ruang dan hubungannya yang erat dengan manusia. Di dalam buku tersebut, Lefebvre melihat ruang sebagai sesuatu yang diproduksi oleh setiap masyarakat. Namun benarkah setiap masyarakat menghasilkan ruangnya sendiri seperti yang dikatakan Lefebvre? Buktinya teori tersebut adalah benar dimana ruang digunakan secara langsung pada dalam kehidupan seharian. Metode yang digunakan berdasarkan Teori Lefebvre sebagai ruangnya iaitu adanya Spatial Practice, Representation of space, dan Representational Space pada setiap ruang yang terbentuk atau diproduksi oleh masyarakat. Oleh itu, dapat disimpulkan disini bahawa ruang yang ramai dan hidup akan diperolehi apabila ruang yang ada memenuhi keperluan masyarakat yang membentuknya walaupun tidak semua kawasan  tersebut harus dipenuhi.



The Death and Life Of Great American Cities
    Penulis dari "The Death and Life Of Great American Cities adalah Jane Jacobs. Jane Jacobs lahir tanggal 4 Mei 1916 dan meninggal dunia pada 25 April 2006, beliau tinggal di Scranton, Pennsylvania, Amerika Syarikat, beliau menuliskan kekecewaan beliau terhadap Kota Amerika yang beliau anggap perancangan bandar tersebut tidak benar, iaitu dalam erti dalam kota tersebut berlaku pelbagai masalah pengangkutan , pembahagian plot pattern dll. Jane Jacobs menggambarkan faktor-faktor nyata yang mempengaruhi bandar-bandar, dan mengesyorkan startegi untuk meningkatkan prestasi bandar.
        Dari segi kepelbagaian, Bandar yang baik memerlukan kepelbagaian dan harmoni dalam perkhidmatan terhadap masyarakat di dalamnya. Masyarakat sangat memperhatikan kemudahan apa sahaja yang terdapat pada suatu kota, kerana kemudahan tersebut boleh diertikan sebagai sarana pelayan untuk masyarakat dalam bandar tersebut. Kemudahan yang dimaksudkan boleh berupa penempatan, kawasan perdagangan, tempat sukan dan rekreasi.
     Jane Jacobs mengenalpasti tiga isi utama dalam menyokong kepelbagaian iaitu kepelbagaian fungsi. Kepelbagaian fungsi yang dimaksudkan adalah bagaimana merancang suatu kawasan yeng mempunyai fungsi lahan lebih dari satu, sehingga jika ada seseorang yang mendatangi kawasan tersebut, maka dia boleh menikmati lebih dari 1 fungsi lahan. Fungsi lahan yang dimaksudkan boleh berupa sebagai penempatan, kedai-kedai, rumah sakit dan sebagainya.
     Selain itu, isi kedua pula iaitu blok atau jalan pendek. Sebagai contoh adalah Blok / jalan yang menghubungkan kawasan penempatan dan kawasan membeli-belah, kawasan rekreassi dan kawasan pejabat harus dekat. Ertinya masyarakat dapat menuju destinasi ke suatu tempat dengan cepat kerana blok / jalan yang menghubungkan tempat asal dan tempat tujuan tersebut pendek. Isi yang ketiga ialah terdapat Konsentrasi padat penduduk. Dalam suatu bandar harus terdapat suatu kawasan yang sebagai kepekatan padat penduduk, yang dimaksudkan adalah kawasan penempatan sehingga tidak mengganggu kawasan lain, dan pengguna kawasan penempatan juga tidak akan terganggu dengan kawasan lain.


The Images Of The Cities
        Buku “The image of the city” merupakan sebuah buku hasil karya seorang pengkaji iaitu Prof.Kevin Lynch. Prof.Kevin Lynch telah melakukan sebuah kajian terhadap apa yang diserap secara mental oleh orang-orang dan realitas fisik sebuah bandar. Hasil kajiannya ini disediakan dalam bentuk buku yang bertajuk “The image of the city”.
      Secara garis besar Prof.Kevin Lynch telah mengumpulkan lima elemen pokok atau dasar yang oleh digunakan oleh seseorang untuk memberi gambaran mental mereka terhadap sebuah bandar. Antara eleman yang ditemukan iaitu Pathways (Laluan). Laluan adalah jalur-jalur sirkulasi yang digunakan oleh seseorang untuk melakukan pergerakan. Setiap tempat mempunyai jaringan jalur utama dan jaringan jalur minor. Jaringan jalan raya kota adalah jaringan pathways untuk keseluruhan kota. Disamping itu, elemen kedua ialah Districts (Daerah). Sebuah bandar terdiri dari berbagai lingkungan bahagiannya atau disebut districts iaitu pusat kota , uptown, midtown, daerah perumahan, daerah industry dan sebagainya. Selalunya lingkungan ini berbeza dari segi bentuk dan luasnya. Dan selalunya Bandar-bandar ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Elemen ketiga pula ialah Edges (Pinggiran). Edges merupakan pinggiran dari sebuah districts atau batas-batas districts antara districtsyang satu dengan yang lainnya. Selain itu,aspek keempat ialah Building(Mercu Tanda). Building yang dimaksudkan disini adalah bangunan-bangunan yang secara visual menonjol dan menjadi tumpuan dalam Bandar. Setiap orang boleh melihat mercutanda tersebut dan tertumpu kepada kawasan tersebut. Elemen yang terakhir iaitu elemen kelima ialah Nodes. Nodes adalah pusat aktiviti setiap orang, setiap pergerakan untuk ke sesuatu kawasan daripada titik permulaan seseorang itu bergerak akan dipanggil nod. Di dalam perjalanan tersebut akan terdapat beberapa hentian.

Khamis, 20 Disember 2012

HASIL KERJA LAPANGAN DI SEREMBAN



                                   SEJARAH SEREMBAN
Bermulanya Penempatan di Seremban

Bandar Seremban muncul seperti mana bandar-bandar lain di negara ini iaitu di sekitar tahun 1870-an dan dipercayai bermula apabila kawasan di sekitar Rasah di dapati kaya dengan hasil bumi iaitu bijih timah. Apabila ianya mengalami kemasukan penduduk (migrasi) yang pesat terdiri dari orang-orang Cina, Arab dan juga bangsa Melayu dari tempat lain. Seremban bukan sahaja menjadi pusat melombong bijih timah tetapi juga pusat perdagangan. Peniaga-peniaga pada masa itu menggunakan Sungai Linggi sebagai laluan pengangkutan perdagangan mereka manakala penduduk Melayu tempatan di kawasan ini kebanyakannya adalah petani.

Pihak penjajah Inggeris mengambil kesempatan untuk mula campur tangan di atas pergolakan peperangan yang berpunca dari perebutan hak dan kawasan perlombongan bijih timah di antara Dato' Kelana dan Dato` Shahbandar. Ini telah memberi ruang kepada Inggeris menempatkan kuasa dengan melantik Residen pertamanya Kapten Murray di mana residensinya didirikan di Jalan Channer (Jalan Dato'Siamang Gagap). Bermula dari detik itu penduduk-penduduk Rasah mendirikan penempatan mereka di sekitar Jalan Channer kerana mereka merasakan tinggal di kawasan yang mempunyai undang-undang dan peraturan Inggeris selamat dan meyakinkan.

Era Lembaga Kesihatan

Sebelum zaman pendudukan Jepun, peranan Unit Penguasa Tempatan Seremban (dikenali sebagai Lembaga Kesihatan - (1897) terletak dibawah pentadbiran Residen yang ditubuhkan melalui Warta Kerajaan No. 285 bertarikh 15hb. September 1899) masih lagi terhad kepada menyediakan keperluan asas sahaja. Namun selepas Perang Dunia Ke-II, pembangunan bandar Seremban begitu pesat dimana perubahan demi perubahan yang berlaku memaksa Lembaga Kesihatanyang terhad aktivitinya diubah menjadi sebuah Lembaga Bandaran melalui Warta Kerajaan No. 143 bertarikh 12hb. Januari 1946 sehingga 1953 apabila ianya dinaikkan taraf kepada Majlis Bandaran Seremban. Pengerusi Lembaga Bandaran Seremban selepas perang ialah seorang pegawai Inggeris, LHN Davis manakala Pegawai Daerah Seremban merangkap Setiausaha Lembaga Perbandaran ialah YM Raja Azman Bin Raja Sir Chulan.

Asal-usul Seremban
Berikutan dari peristiwa di atas, maka muncul deretan kedai di sepanjang Jalan Murray (Jalan Kapitan Tam Yeong), Jalan Pasar dan jalan-jalan utama seperti di Jalan Paul (Jalan Yam Tuan) dan Jalan Birch (Jalan Dato` Bandar Tunggal) yang mana semua nama-nama jalan ini mengambil sempena nama Residen - Residen British ketika itu. Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong dipercayai mendapat namanya dari permainan tradisional " Sarimban " yakni sejenis permainan yang menggunakan batu-batu kecil dan amat diminati oleh kaum Cina untuk dimainkan dimasa lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban.
                               Stesen Kereta api Seremban pada tahun 1894
                     Stesen Kereta api Seremban pada tahun 2012

Apabila Negeri Sembilan telah menjadi anggota Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896, Seremban dengan sendirinya menjadi pusat pentadbiran, perdagangan dan pertanian bagi Negeri Sembilan. Seremban dianggarkan pada waktu itu (1916) memiliki penduduk seramai 20,000 orang dimana deretan bangunan kedai telah pun mula dibina disepanjang Jalan Paul, Jalan Birch, Jalan Cameron (Jalan Dato` Lee Fong Yee) dan Jalan Setul (Jalan Tun Dr. Ismail
Era Majlis Bandaran Seremban


Tanggal 1953, Perlembagaan Lembaga Perbandaran Seremban telah dimansuhkan oleh Raja-Raja melalui Warta Kerajaan No. 262 bertarikh 14hb. April 1953. Mematuhi Seksyen 51 (1) Ordinan Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan 1950, Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang pertama telah diadakan pada 22hb. Ogos 1953. Pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban pada waktu itu sering silih berganti mengikut suasana politik semasa di bandar Seremban. Bandar Seremban telah dibahagikan kepada 4 kawasan pilihanraya iaitu kawasan Temiang, kawasan Lake, kawasan Rahang dan kawasan Lobak. 

                                        PETA SEREMBAN 



PENGENALAN KAJIAN
Seremban merupakan salah satu Bandar yang dikenali Bandar kolonial kerana pada zaman dahulunya Bandar ini pernah dijajah oleh pihak beitish unruk mendapatkan sumber bahan mentah untuk dibawa pulang dan diproses untuk menjana sumber ekonmi tempatan mereka.Contoh sumber yang diambil seperti katu balak,bijh timah serta hasil-hasil hutan yang lain.Dalamkajian lapangaini kami telah menengahkan dan membincagkan revolusi ruang yang ada di Bandar Seremban pada zaman dahulu sehingga sekarang.Contohdi kawasan bukit di dalam Bandar Seremban yang pada dahulunya terbina pusat pentadbirankerajaan British tapi revolusi zaman nerlaku dari tahun-ketahun maka pada masa kini tapak pentadiran itu telah bertukar jenis ruangnya dimana telah dibina sebuah istana untuk yang di-pertua negeri Sembilan selain menjadi lokasi pelancongan menarik disana.Kami telah membahagikan 8 kumpulan kepada 8 jalan utama yang berada disekitar Bandar Seremban.Pembahagiankepada 8 jalan utama untuk melihat apa jenis revolusi berlaku di setiap jalan yang telah dipilih dimana setiap perlu menemubual seberapa ramai peniaga yang menjalnkn aktiviti ekonomi disana.Setiap kumpulan perlu bertanya kepada responden tentang nama responden.jenis perniagaan,bila perniagaan ini dijalankan,mengapa perniagaan ini dipilih,harapan responden serta jenis baranganapayang telah diniagaankan.Dalam kajian ini juga, kami semestinya menerapkan 5 elemen yang telah dianjurkan oleh Henry Levbre berkaitandengan ruang.5 elemen tersebut ialah nod,mercu tanda ,simpang jalan,papan tanda dan hentian.









HASIL KAJIAN
Pada 11.12.2012,kita telah melakukan kajian lapangan di Seremban,Negeri Sembilan.Seremban merupakan ibu negeri bagi negeri Sembilan Darul Khusus.Kawasan kajian kami adalah di Jalan Siew Loong Hin.Nama jalan sebelum ini ialah Jalan Singapura.Kawasan ini merupakan kawasan orang Cina kerana terdapat banyak kedai kaum Cina disini.

YANG BAWA INI MERUPAKAN HASIL KAJIAN KITA.

1)SYARIKAT CHONG HING


Nama kedai ini Syarikat Chong Hing.Kedai ini menjalankan aktiviti perniagaan menjual barang aluminium. Kedai pemilik ini bernama Lai Than In.Beliau telah berusia 80 tahun.Sepanjang temu bual dengan pemilik kedai.Syarikat atau kedai telah ditubuhkan sebanyak 70 tahun.Beliau meneruskan perniagaan selepas ayahnya meninggal dunia dan pada masa itu beliau telah putus asa dalam pelajaran.Selepas itu,beliau berhenti sekolah dan meneruskan perniagaan ayahnya.Beliau cerita ,bidang perniagaan ini sudah kekurangan di Seremban kerana agaknya remeh dalam proses membuat barang alunimum ni.Kerana semua barang ini perlu dibuat melalui tangan.
Beliau telah menyatakan perubahan di Bandar Seremban sangat besar selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.Terutama dari segi infrastruktur atau kemudahan,kini Seremban mempunyai Jalan yang lurus dan sisitematik tidak seperti macam dulu.Bus stesen(Terminal One) yang mempunyai bas ekspress untuk sampai ke destinasi masing-masing.Selain itu,Seremban juga telah mempunyai tempat beli belah seperti Seremban Parade,Jusco dan macam-macam lagi.Beliau sangat bersyukur terhadap perubahan yang begitu pesat terhadap Seremban.Cuma beliau yang kecewa ialah budaya tradisional yang di Seremban lenyap begitu sahaja.

 

2)KEDAI LIEW HEE
Kedai ini merupakan kedai pemborong makanan ringan dan mainan.Kedai ini dimiliki oleh seorang wanita cina yang bernama Wong Four.Beliau sekarang berumur 60 tahun dan mempunyai 12 adik-beradek.Beliau mengambil alih perniagaan ini selepas suaminya meninggal dunia pada 20 tahun yang lepas.Sekarang dia rasa sangat gembira kerana perniagaan beliau maju ke hadapan.Berdasarkan perhatian saya di kedai tersebut,banyak pelanggan terdiri pelbagai kaum tengah memilih barang yang nak dibeli.Salah satu faktor ialah harga barang murah dan berpatutan.Wong Four juga rasa sangat aman dan damai apabila menetap di Seremban.Selepas dia kahwin dengan suami,beliau telah ikut suaminya menetap di Seremban sehingga kini.Kehidupan beliau di Seremban telah memberi kenangan terindah kepada beliau.Dia rasa penduduk di Seremban ini mempunyai sifat toleransi,bertolak ansur dan saling hormat-menghormati yang tinggi.Manakala dari segi pembangunan di Seremban,pembangunan yang pesat di Seremban telah menyebabkan banyak bangunan yang mempunyai nilai sejarah telah dirobohkan terutama cinema cina yang ada pada zaman 50an dulu.Beliau juga akhir kata bandar Seremban merupakan bandar “bunga” kerana mempunyai panorama yang indah.


                        
                                 KEDAI PEMBORONG LIEW HEE

3)KEDAI YIN FATT(PEMBORONG BARANG POLISTRENE)
Kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki cina yang bernama Ng Yee Wing.Beliau berumur 60 tahun dan merupakan orang tempatan Seremban.Beliau terpaksa mengambil alih perniagaan ini daripada ayahnya kerana beliau merupakan anak tunggal dalam keluarga.Beliau telah ikut ayahnya memulakan cara perniagaan sejak kecil lagi.Beliau tegaskan dalam bidang perniagaan ini kena jaga perasaan pihak yang lain.Beliau juga katakan bandar Seremban ialah bandar yang indah dan aman.Suasana yang harmoni dalam bandar Seremban yang buat beliau bangga sebagai seorang penduduk Seremban.Dari segi pembangunan,beliau tidak dapat menafikan bahawa Seremban telah mengalami kadar pembangunan yang pesat.Fenomena ini telah menyebabkan bandar Seremban 2 telah diwujudkan untuk menyelesaikan masalah pembanguan yang pesat di Seremban.


4)KEDAI UBAT CINA YIN FOH
Kedai Ubat Cina ini dimiliki oleh Wong Pow.Seorang lelaki cina yang berumur 70tahun.Kedai Ubat Cina sebelum ini pernah jadi kedai runcit pada sekitar tahun 1960 an.Disebabkan perniagaan kedai runcit yang terlalu sengit di kawasan sana dan tidak mendatangkan keuntungan.Kedai tersebut terpaksa ditransformasikan untuk menjadikan kedai ubat cina pada tahun 1975.Beliau menceritakan Jalan Singapura(nama dulu)merupakan jalan yang sibuk dan meriah.Kerana sini dulu terdapat banyak kedai runcit.Tetapi pada waktu sekarang,kedai disini hanya la biasa ada kedai yang telah tutup dan dijadikan rumah.Ramai pemuda di kawasan sini pun telah berhijrah ke tempat lain termasuk anaknya ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan yang lain.


5)HAJI SHARIFF'S CENDOL, SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
Ini bangunan kedai Haji Shariff's Cendol tu. Memang terletak di tengah-tengah bandar Seremban. Senang nak cari dengan warna bangunan yang hijau. Pelanggan kedai nie memang ramai bebenor. Masa aku sampai pun memang dah separa penuh dah. Bila duduk dalam tak sampai pun 15 minit ramai pula yang masuk. Pelanggan kedai nie terdiri dari pelbagai kaum ... Melayu, Cina dan India. Ada yang makan dekat situ dan ada yang bungkus bawa balik! Majoritinya makan cendol je walaupun kedai nie ada juga menu lain seperti rojak (RM3.50) dan rojak mee (RM3.50). Perniagaan Haji Shariff's Cendol bermula sejak tahun 1930-an lagi. Kalau tak percaya cuba tengok gambar dekat atas. Gambar nie ada tergantung dekat dinding. Ada juga keratan akhbar mengenai kedai cendol Haji Shariff's.



Kesimpulan
Kesimpulan yang boleh dibuat hasil dari  kerja lapang kami ini ialah sememangnya betul perkara yang dinyatakan oleh Henry Levebre bahawasanya terdapat 5 jenis ruang yang digunakan dalam sesuatu tempat iaitu Laluan, Mercu Tanda, Sempadan, Daerah, Titik Tumpu memang bersalingkait dengan ruang yang wujud dimana-mana sahaja.Tempat kajian yang telah kami pilih ialah dibandar Seremban.Seremban adalah bandar besar selain ia merupakan bandar yang paling dekat di sekitar Bangi.Kami telah dipechkan dalam beberapa kumpulan dan dibahagi mengikut jalan utama disekitar Bandar Seremban seperti Jalan Tunku Hassan,Jalan Yap Hin Sin dan lain-lain lagi. Kami mengkaji jenis perniagaan yang dijalankan di sana yang rata-ratanya adalah peniagaan dari kaum cina.Peniagadi sana majoritinya menjalankanpeniagaan secara bororng seperti alat tulis,makan, minuman serta alat sembahyang bagi kaum cina.Suasana pagi di sekitar lorong peniagaan pemborong itu amat sibuk dengan pemungahan barangan dari lori mahupun kereta.Disana kami memastikan dan memahami perkara yang dinyatakan oleh Henry Levebre.Para peniaga di sana amat ramah dan memberi kerjasama yang sangat bagus bagi memudahkan pergerakan kami untuk mengumpul maklumat  dan data dari para peniagaan.Selain itu kami juga melihat seni bina bangunan yang ada di sekitar kawasan kajian kami  dapat mengetahui tahun bangunan itu dibina.Contohnya terdapat juga bangunan yangdibina pada era 60-an serta tahun 80-an.Bangunan seperti berikut amat tinggi nilai estetika dalam sesebuah kawasan dan masyarakat dis ana, selain boleh menjadi lambang sejarah dan pusat perlancongan di sana.Di Samping itu juga, hasil kajian ini juga amat memberikan kami tentang semangat kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan hal ini kerana kerjasama dapat membentuk kelicinan gerak kerja yang ditetapkan.